Search This Blog

Tuesday 28 February 2012

Pihak swasta disaran bekal buku ke sekolah luar bandar: Noorainee





2012/02/29

PUTRAJAYA: Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyeru pihak swasta, syarikat korporat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk membekalkan buku-buku bacaan di pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar seluruh negara. 

Beliau berkata, tanggung jawab sosial seumpama itu boleh membantu agenda pendidikan negara sekaligus dapat memastikan anak-anak di luar bandar memperoleh bahan bacaan yang bermutu dan pelbagai.
"Saya dimaklumkan di kebanyakan sekolah luar bandar, nisbah buku dengan bilangan murid masih tidak mencukupi untuk membolehkan setiap murid mempunyai peluang meminjam buku pada kadar yang maksimum.
"Sehubungan itu saya berharap agar mereka dapat mengikut langkah Yayasan Minda Kebangsaan yang memperuntukkan kira-kira RM1 juta bagi membekalkan bahan bacaan kepada 500 pusat sumber sekolah-sekolah luar bandar seluruh negara," katanya. 

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Program Sosial Korporat Pendidikan(PROSKOP): Sumbangan Bahan Bacaan Tambahan Untuk Pusat Sumber Sekolah Rendah Luar Bandar di sini hari ini. - BERNAMA 

Monday 27 February 2012

GURU SKIM SSM DIMINTA TUNGGU PENGUMUMAN




2012/02/25 BATU PAHAT: Keputusan kenaikan pangkat guru yang dinilai mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM) bergantung kepada pengumuman penting yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam tempoh terdekat.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, golongan guru yang menantikan keputusan kenaikan pangkat diminta bersabar sehingga pengumuman itu dibuat. “Lebih baik kita tunggu hasil perbincangan antara CUEPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)... seperti kita maklum satu pengumuman penting akan dilakukan Perdana Menteri dalam tempoh terdekat ini. “Jika merujuk kenyataan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman semalam (kelmarin), sesuatu yang menggembirakan akan diumum Perdana Menteri tidak lama lagi.

“Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng juga salah seorang pimpinan CUEPACS dan saya yakin perkara ini ada dibangkitkan dalam perbincangan bersama JPA... jadi kita tunggu hasilnya,” katanya selepas merasmikan Karnival TM Gegar, di Dataran Penggaram, di sini, semalam.

Kelmarin, Berita Harian melaporkan Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) meminta Kementerian Pelajaran mengesah terlebih dulu kenaikan pangkat yang sudah dinilai mengikut SSM sebelum menguatkuasakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

KGMMB mendakwa sejumlah jawatan kanan masih belum mendapat pengesahan kementerian walaupun penilaian, temu duga dan pembentangan sudah dilaksanakan pada Jun dan Julai tahun lalu

Saturday 25 February 2012

Pengisian Standard Guru Malaysia



Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

setiap guru diwajibkan mengisi SGM untuk mengetahui tahap pencapaian sahsiah guru :

pautan pada link:-Pengisian Standard Guru Malaysia untuk Guru Sekolah...

Logo Sekolah